Mari Sebut

marsah2u.blogspot.com
Pengajian yang berkaitan dengan ulum Al-Quran merupakan salah satu bidang yang penting untuk membolehkan seseorang itu memahami dan menghuraikan atau mentafsirkan apa yang terdapat dalam Al-Quran itu sendiri dengan baik dan lebih sempurna. Walaupun secara pasti dan tersusun pengajian dan penulisan serta pembukuan tentang Ulum al-Quran baru di susun pada abad ke 3 hijrah , namun sebenarnya ia telah bermula secara tidak langsung semenjak zaman Nabi,sahabat dan tabi’in. Cuma apa yang berlaku pada zaman tersebut perbahasan tentang ulum al-Quran masih belum teratur dan berselerak.

Dikalangan sahabat yang alim dan terkenal dalam bidang tafsir dan Ulum Al-Quran ialah;

1- Khulafa’ al-Rasyidin
2- Ibn Abbas
3- Ibn. Mas’ud
4- Ubai Ibn Kaab
5- Zaid Bin Thabit
6- Abu Musa al-Asyari
7- Abdullah Ibn Al-Zubir

Dikalangan Tabiin yang alim dan terkenal dalam bidang Tafsir dan Ulum al-Qu’an ialah:

1- Qatadah
2- Ata’ Ibn Yasar
3- Mujahid
4- Sa’id Bin Jubair
5- Hasan Al-Basri
6- Zaid Bin Aslam.
marsah2u.blogspot.com
Pengertian Ulum Al-Quran dapat diberikan dengan dua keadaan:
1.Pengertian pada bahasa:
  •          Perkataan Ulum adalah dalam lafaz jamak daripada perkataan ‘ilm. Ia boleh ditakrifkan sebagai kefahaman muktamad yang menepati fakta sebenar. Sementara pengertian al-Quran pula ditakrifkan sebagai kalam Allah yang mu’jiz yang telah diturukan kepada nabi Muhammad, ditulis pada mashaf, yang disampaikan secara mutawatirdan membacanya suatu ibadat.
  •          Ulum Al-Quran ilmu segala ilmu yang berkaitan dengan Al-Quran.
2.Pengertian pada Istilah:
  •   Ilmu yang membahaskan tentang Al-Quran, sama ada dari aspek penurunannya, bacaannya, sejarah pengumpulannya, penyusunannya, penulisan dan pentafsiran, I’jaz, nasikh mansukh,sebab-sebab turun ayat, I’rab serta gharib al-Quran.
  •   Zarqani:
Ilmu-ilmu yang mempelajari tentang Al-Quran itu sendiri, sama ada dari segi penurunannya, pengumpulannya, pembukuannya, pembacaannya, pentafsirannya, I’jaznya, nasikh dan mansukhnya dan semua perkara yang berkaitan dengan Al-Quran.
  •   Imam al-Suyuti:
Suatu bidang dan ruang lingkup ilmu yang membicarakan tentang al-Quran dari segi penurunannya , sanadnya, adabnya, maknanya, lafaznya dan lain-lain yang berkaitan dengannya.
  •   Rumusannya:
Ungkapan Ulum Al-Quran membawa makna kefahaman sebenar berhubung dengan al-Quranyang meliputi Asbab al-Nuzul, Ayat Makki dan Madani, Al-Nasakh dan Al-Mansukh, cara bacaan, Pengumpulan, Penulisan dan berbagai aspek yang berkaitan dengan Al-Quran.
marsah2u.blogspot.com
1.Ilmu Tafsir Dan Ta’wil
2.Ilmu I’rab Al-Quran
3.Ilmu Qiraat
4.Ilmu Nasikh Dan Mansukh
5.Ilmu Sebab Nuzul
6.Ilmu Makki Dan Madani
7.Ilmu Fadail Al-Quran
8.Ilmu Nuzul Al-Quran
9.Ilmu Gharib Al-Quran
10.Ilmu Amthal Al-Quran
11.Ilmu Majaz Al-Quran
12.Ilmu Abat Muhkamat Dan Mutasyabihat
13.Ilmu Jadal Al-Quran
14.Ilmu Aqsam Al-Quran.

marsah2u.blogspot.com
Al-Quran mempunyai berbagai nama lain selain nama al-Quran. Walau bagaimanapun, nama yang terkenal dan yang digunakan secara meluas ialah al-Quran. Hal itu berdasarkan Firman  Allah : 
سورة البقرة ٢ : اية ١٨٥
Masa Yang Diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan
Yang padanya diturunkan Al-Quran

Ada ulama’ berpendapat Al-Quran mempunyai 66 nama, manakala Abu Al- Ma’li Azizi bin Abd Malik mengatakan Al-Quran mempunyai 55 nama di dalam kitab beliau iaitu Al-Burhan. Dan ada juga ulama’ yang mengatakan Al-Quran mempunyai 90 nama. Walau bagaimanapun kesemua nama-nama itu sesuai dengan kemuliaan dan keagungannya sebagai sebuah kitab suci daripada Allah S.W.T. Antara nama-nama Al-Quran ialah : 

1. Al-Furqan 
Perkataan al-Furqan digunakan sebagai salah satu daripada nama al-Quran, kerana kandungan  al-quran itu menjelaskan kepada manusia antara kebenaran dengan kebatilan.  Oleh itu al-quran bertindak sebagai pembeza dan pemisahan terhadap ajaran yang benar dengan ajaran yang salah. 
سورة الفرقان ٢٥ : اية ١
Maha berkat Tuhan Yang menurunkan Al-Furqaan kepada hambaNya (Muhammad),
untuk menjadi peringatan dan amaran bagi seluruh penduduk alam.
2. Al-Kitab
Perkataan Kitab di dalam bahasa Arab dengan baris tanwin di akhirnya (kitabun) memberikan makna umum iaitu sebuah kitab yang tidak tertentu. Apabila ditambah dengan alif dan lam di depannya menjadi (Al Kitab) ia telah berubah menjadi suatu yang khusus (kata nama tertentu). Dalam hubungan ini, nama lain bagi Al-Quran itu disebut oleh Allah adalah Al-Kitab.
سورة السجدة ٣٢ : اية ٢
Diturunkan Al-Quran ini, Dengan tidak ada sebarang syak padanya,
dari Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.  
3. Al- Mau’izah
Perkataan Al-Mau’izah digunakan sebagai salah satu daripada nama al-Quran  di sebabkan dalam  al-Quran itu mengandungi pengajaran dan peringatan kepada manusia dan sekalian alam, baik dalam urusan keduniaan dan akhirat.
سورة يونس ١٠ : اية ٥٧
Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran Yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan Yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin Yang ada di Dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang Yang beriman
4. Ar-Rahmah
Allah menamakan Al-Quran dengan rahmat kerana dengan Al-Quran ini akan melahirkan iman dan hikmah. Bagi manusia yang beriman dan berpegang kepada Al-Quran ini mereka akan mencari kebaikan dan cenderung kepada kebaikan tersebut.
سورة الاسراء ١٧ : ٨٢
Dan Kami turunkan Dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat suci Yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang Yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang Yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.
5. An-Nur
Panduan yang Allah gariskan dalam Al-Quran menjadi cahaya dalam kehidupan dengan mengeluarkan manusia daripada taghut kepada cahaya kebenaran, daripada kesesatan dan kejahilan kepada kebenaran ilmu, daripada perhambaan sesama manusia kepada mengabdikan diri semata-mata kepada Yang Maha Mencipta dan daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat.
سورة النساء ٤ : اية ١٧٤
Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya) Yang menerangi (segala apa jua Yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan Yang kekal di akhirat kelak).
6. Ar-Ruuha
Allah SWT telah menamakan wahyu yang diturunkan kepada rasulNya sebagai roh. Sifat roh adalah menghidupkan sesuatu. Seperti jasad manusia tanpa roh akan mati, busuk dan tidak berguna. Dalam hubungan ini, menurut ulama, Al-Quran mampu menghidupkan hati-hati yang mati sehingga dekat dengan Penciptanya.
سورة الشورى   ٤٢:  اية 52
Dan demikianlah kami wahikan kepadamu ( wahai Muhammad ) al-quran sebagai roh
( yang menghidupkan hati ) dengan perintah kami..
7. Asy-Syifaa’
Allah SWT telah mensifatkan bahawa Al-Quran yang diturunkan kepada umat manusia melalui perantara nabi Muhammad SAW sebagai penawar dan penyembuh. Bila disebut penawar tentu ada kaitannya dengan penyakit. Dalam tafsir Ibnu Kathir dinyatakan bahawa Al-Quran adalah penyembuh dari penyakit-penyakit yang ada dalam hati manusia seperti syirik, sombong, bongkak, ragu dan sebagainya.
سورة  يونس  ١٠ : ٥٧
Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran Yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan Yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin Yang ada di Dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang Yang beriman.
8 . Al-Bayaan
Al-Quran adalah kitab yang menyatakan keterangan dan penjelasan kepada manusia tentang apa yang baik dan buruk untuk mereka. Menjelaskan antara yang haq dan yang batil, yang benar dan yang palsu, jalan yang lurus dan jalan yang sesat. Selain itu Al-Quran juga menerangkan kisah-kisah umat terdahulu yang pernah mengingkari perintah Allah lalu ditimpakan dengan berbagai azab yang tidak terduga.
سورة ال عمران ٢ : ١٣٨
(Al-Quran) ini ialah penerangan kepada seluruh umat manusia, dan petunjuk serta pengajaran bagi orang-orang Yang (hendak) bertaqwa.
9. AL-Zikr
Allah SWT menyifatkan Al-Quran sebagai adz-dzikra (peringatan) kerana sebetulnya Al-Quran itu sentiasa memberikan peringatan kepada manusia kerana sifat lupa yang tidak pernah lekang daripada manusia. Manusia mudah lupa dalam berbagai hal, baik dalam hubungan dengan Allah, hubungan sesama manusia mahupun lupa terhadap tuntutan-tututan yang sepatutnya ditunaikan oleh manusia. Oleh itu golongan yang beriman dituntut agar sentiasa mendampingi Al-Quran. Selain sebagai ibadah, Al-Quran itu sentiasa memperingatkan kita kepada tanggungjawab kita.  
سورة الحجر ١٥ : اية ٩
Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran dan Kamilah
yang memelihara dan menjaganya
 
marsah2u.blogspot.com
Mempelajari serta mendalami Ulum al-Quran menyumbang faedah yang amat besar kepada setiap individu dan masyarakat antaranya:

1.     Dapat menguasai berbagai-bagai bidang ilmu pengetahuan yang terdapat dalam al-Quran.
2.     Dapat menambahkan keyakinan kepada pengkaji al-Quran bahawa ia merupakan sebuah kitab suci daripada Allah dan bukannya ciptaan manusia.
3.     Dapat mengetahui sejarah dan perkembangan al-Quran semenjak ia diturunkan sampai sekarang dimana jalan penyampainnya adalah secara mutawatir.
4.     Dapat membantu pengkaji untuk memahami kandungan al-Quran serta mengeluarkan hukum daripadanya.
5.     Dapat mempelajari ilmu serta ayat Nasikh dan Mansukh, Asbab al-Nuzul dan perkara yang berkaitan dengan al-Quran.
6.     Untuk memahami kalam Allah atau al-Quran sebagaimana yang diterangkan oleh Rasulullah, para sahabat dan tabi’in.
7.     Untuk mengetahui metod ahli Tafsir mentafsir al-Quran.
8.     Mengetahui keistimewaan ahli Tafsir dalam mentafsir ayat-ayat al-Quran.
9.     Dapat mentafsir al-Quran dengan baik.
marsah2u.blogspot.com
MATEMATIK YANG UNIVERSAL 

Mencari kebenaran al-Quran, bahawa the absolute truth itu ada padanya, mungkin memerlukan kepada pendekatan yang lebih universal. Bahasa sejagat yang boleh diguna pakai oleh sesiapa sahaja, berbekalkan akal pembeda manusia dari binatang.
Gunakan matematik dan teori kebarangkalian yang kita semua tahu.
Kita semua sedia maklum bahawa di antara keistimewaan al-Quran ialah pada kewujudan fakta-fakta Sains yang mengagumkan. Begitu banyak penemuan Sains yang hanya ditemui pada era moden ini, telah tercatat dengan jelas di dalam al-Quran, teks yang telah wujud sejak lebih 1000 tahun yang lalu, era yang masih jauh dari upaya manusia menganalisa alam dengan disiplin sains.
Dari manakah datangnya fakta-fakta yang betul itu?
“Aghhh… mungkin hanya lucky guess!”, jawab segelintir yang tidak atau belum mengimani al-Quran.
Baiklah, kita terima alasannya bahawa fakta Sains di dalam al-Quran hanya lucky guess, oleh ‘penulis’nya bernama Muhammad.
Dengan menggunakan teori kebarangkalian, mampukah Muhammad membuat ‘lucky guess‘ di dalam al-Quran?


Dengan sebiji dadu, berapakah kebarangkalian kita untuk mendapat nombor “3″ dengan satu balingan? Jawapannya adalah satu perenam (1/6). Berapa pula kebarangkalian kita untuk mendapat nombor “3″ dengan dua balingan? Jawapannya adalah satu perenam kali satu perenam bersamaan satu pertiga puluh enam (1/6 X 1/6 = 1/36).
Gunakan teori yang sama untuk menganalisa fakta Sains di dalam al-Quran.
Misalnya, di dalam al-Quran, ada keterangan tentang bulan dan matahari. Jika Muhammad mahu membuat suatu tekaan apakah bulan itu mengeluarkan cahayanya sendiri, atau memberikan reflek kepada cahaya yang datang dari sumber yang lain, maka berapakah kebarangkalian untuk Muhammad membuat tekaan yang betul?
Pasti, kebarangkaliannya adalah satu perdua (1/2). Sama ada cahaya sendiri, atau cahaya dari sumber lain.
Itu satu fakta Sains.
Bagaimana pula dengan isu lain di dalam al-Quran? Misalnya fakta apakah bumi mengelilingi matahari, atau matahari mengelilingi bumi. Atau fakta tentang komponen tubuh manusia ini terbentuk dari apa… jika setiap satu fakta Sains di dalam al-Quran ini mahu disampaikan secara lucky guess oleh seorang manusia bernama Muhammad, maka berapakah kebarangkalian Muhammad untuk membuat tekaan yang betul?


1/2 X 1/6 X 1/25 X 1/78…. ada seribu fakta Sains di dalam al-Quran, maka kebarangkaliannya ialah 0.00000000007686443547657… dan angka itu berterusan… atau dalam erti kata yang lain… MUSTAHIL!!!
Namun, kesemua fakta Sains di dalam al-Quran itu adalah TEPAT dan BETUL.
Maknanya, yang bercakap di dalam al-Quran itu mestilah satu pihak yang sangat tahu tentang manusia dan alam. Tidak lain dan tidak bukan, pihak yang bercakap di dalam al-Quran itu adalah Pencipta alam dan Pencipta manusia… itulah Tuhan, itulah Allah … Allahu Akbar!
Probability theory boleh digunakan untuk mencari keyakinan terhadap al-Quran.

SAINS SEBAGAI ALAT

Saya menulis artikel ini, bukan dengan maksud mahu membuktikan bahawa di dalam al-Quran ada sains. Itu sudah menjadi cliché.
Kita harus kembali kepada keterangan al-Quran bahawa segala isi kandungannya datang dengan maksud menjadi petunjuk (Huda). Maka kegunaan sains di dalam al-Quran adalah untuk membantu manusia mencari petunjuk. Jika sains diangkat sebagai penentu kebenaran, secara empirikal bagai dikata, maka ujilah al-Quran dengan sains.
Sesungguhnya soalan terbesar yang harus diselesaikan oleh sesiapa sahaja yang mahu bercakap tentang al-Quran ialah siapa di sebalik Al-Quran?
Benarkah ia kalam Allah?
Mampukah al-Quran dipercayai sebagai bukan kalam Allah?
Jika anda bertemu dengan Allah dalam pencarian jawapan ini, segala ketidak fahaman anda tentang maksud al-Quran, adalah bukti kejahilan diri, bukannya kecacatan al-Quran, kerana ia adalah kalam Allah, Tuhan yang Maha Suci.

Jom Sembang

Sila Isi ( Buku Tetamu)