Mari Sebut

marsah2u.blogspot.com
Al-Quran mempunyai berbagai nama lain selain nama al-Quran. Walau bagaimanapun, nama yang terkenal dan yang digunakan secara meluas ialah al-Quran. Hal itu berdasarkan Firman  Allah : 
سورة البقرة ٢ : اية ١٨٥
Masa Yang Diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan
Yang padanya diturunkan Al-Quran

Ada ulama’ berpendapat Al-Quran mempunyai 66 nama, manakala Abu Al- Ma’li Azizi bin Abd Malik mengatakan Al-Quran mempunyai 55 nama di dalam kitab beliau iaitu Al-Burhan. Dan ada juga ulama’ yang mengatakan Al-Quran mempunyai 90 nama. Walau bagaimanapun kesemua nama-nama itu sesuai dengan kemuliaan dan keagungannya sebagai sebuah kitab suci daripada Allah S.W.T. Antara nama-nama Al-Quran ialah : 

1. Al-Furqan 
Perkataan al-Furqan digunakan sebagai salah satu daripada nama al-Quran, kerana kandungan  al-quran itu menjelaskan kepada manusia antara kebenaran dengan kebatilan.  Oleh itu al-quran bertindak sebagai pembeza dan pemisahan terhadap ajaran yang benar dengan ajaran yang salah. 
سورة الفرقان ٢٥ : اية ١
Maha berkat Tuhan Yang menurunkan Al-Furqaan kepada hambaNya (Muhammad),
untuk menjadi peringatan dan amaran bagi seluruh penduduk alam.
2. Al-Kitab
Perkataan Kitab di dalam bahasa Arab dengan baris tanwin di akhirnya (kitabun) memberikan makna umum iaitu sebuah kitab yang tidak tertentu. Apabila ditambah dengan alif dan lam di depannya menjadi (Al Kitab) ia telah berubah menjadi suatu yang khusus (kata nama tertentu). Dalam hubungan ini, nama lain bagi Al-Quran itu disebut oleh Allah adalah Al-Kitab.
سورة السجدة ٣٢ : اية ٢
Diturunkan Al-Quran ini, Dengan tidak ada sebarang syak padanya,
dari Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.  
3. Al- Mau’izah
Perkataan Al-Mau’izah digunakan sebagai salah satu daripada nama al-Quran  di sebabkan dalam  al-Quran itu mengandungi pengajaran dan peringatan kepada manusia dan sekalian alam, baik dalam urusan keduniaan dan akhirat.
سورة يونس ١٠ : اية ٥٧
Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran Yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan Yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin Yang ada di Dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang Yang beriman
4. Ar-Rahmah
Allah menamakan Al-Quran dengan rahmat kerana dengan Al-Quran ini akan melahirkan iman dan hikmah. Bagi manusia yang beriman dan berpegang kepada Al-Quran ini mereka akan mencari kebaikan dan cenderung kepada kebaikan tersebut.
سورة الاسراء ١٧ : ٨٢
Dan Kami turunkan Dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat suci Yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang Yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang Yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.
5. An-Nur
Panduan yang Allah gariskan dalam Al-Quran menjadi cahaya dalam kehidupan dengan mengeluarkan manusia daripada taghut kepada cahaya kebenaran, daripada kesesatan dan kejahilan kepada kebenaran ilmu, daripada perhambaan sesama manusia kepada mengabdikan diri semata-mata kepada Yang Maha Mencipta dan daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat.
سورة النساء ٤ : اية ١٧٤
Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya) Yang menerangi (segala apa jua Yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan Yang kekal di akhirat kelak).
6. Ar-Ruuha
Allah SWT telah menamakan wahyu yang diturunkan kepada rasulNya sebagai roh. Sifat roh adalah menghidupkan sesuatu. Seperti jasad manusia tanpa roh akan mati, busuk dan tidak berguna. Dalam hubungan ini, menurut ulama, Al-Quran mampu menghidupkan hati-hati yang mati sehingga dekat dengan Penciptanya.
سورة الشورى   ٤٢:  اية 52
Dan demikianlah kami wahikan kepadamu ( wahai Muhammad ) al-quran sebagai roh
( yang menghidupkan hati ) dengan perintah kami..
7. Asy-Syifaa’
Allah SWT telah mensifatkan bahawa Al-Quran yang diturunkan kepada umat manusia melalui perantara nabi Muhammad SAW sebagai penawar dan penyembuh. Bila disebut penawar tentu ada kaitannya dengan penyakit. Dalam tafsir Ibnu Kathir dinyatakan bahawa Al-Quran adalah penyembuh dari penyakit-penyakit yang ada dalam hati manusia seperti syirik, sombong, bongkak, ragu dan sebagainya.
سورة  يونس  ١٠ : ٥٧
Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran Yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan Yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin Yang ada di Dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang Yang beriman.
8 . Al-Bayaan
Al-Quran adalah kitab yang menyatakan keterangan dan penjelasan kepada manusia tentang apa yang baik dan buruk untuk mereka. Menjelaskan antara yang haq dan yang batil, yang benar dan yang palsu, jalan yang lurus dan jalan yang sesat. Selain itu Al-Quran juga menerangkan kisah-kisah umat terdahulu yang pernah mengingkari perintah Allah lalu ditimpakan dengan berbagai azab yang tidak terduga.
سورة ال عمران ٢ : ١٣٨
(Al-Quran) ini ialah penerangan kepada seluruh umat manusia, dan petunjuk serta pengajaran bagi orang-orang Yang (hendak) bertaqwa.
9. AL-Zikr
Allah SWT menyifatkan Al-Quran sebagai adz-dzikra (peringatan) kerana sebetulnya Al-Quran itu sentiasa memberikan peringatan kepada manusia kerana sifat lupa yang tidak pernah lekang daripada manusia. Manusia mudah lupa dalam berbagai hal, baik dalam hubungan dengan Allah, hubungan sesama manusia mahupun lupa terhadap tuntutan-tututan yang sepatutnya ditunaikan oleh manusia. Oleh itu golongan yang beriman dituntut agar sentiasa mendampingi Al-Quran. Selain sebagai ibadah, Al-Quran itu sentiasa memperingatkan kita kepada tanggungjawab kita.  
سورة الحجر ١٥ : اية ٩
Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran dan Kamilah
yang memelihara dan menjaganya
 
0 Responses

Post a Comment

Jom Sembang

Sila Isi ( Buku Tetamu)