Mari Sebut

marsah2u.blogspot.com
MATEMATIK YANG UNIVERSAL 

Mencari kebenaran al-Quran, bahawa the absolute truth itu ada padanya, mungkin memerlukan kepada pendekatan yang lebih universal. Bahasa sejagat yang boleh diguna pakai oleh sesiapa sahaja, berbekalkan akal pembeda manusia dari binatang.
Gunakan matematik dan teori kebarangkalian yang kita semua tahu.
Kita semua sedia maklum bahawa di antara keistimewaan al-Quran ialah pada kewujudan fakta-fakta Sains yang mengagumkan. Begitu banyak penemuan Sains yang hanya ditemui pada era moden ini, telah tercatat dengan jelas di dalam al-Quran, teks yang telah wujud sejak lebih 1000 tahun yang lalu, era yang masih jauh dari upaya manusia menganalisa alam dengan disiplin sains.
Dari manakah datangnya fakta-fakta yang betul itu?
“Aghhh… mungkin hanya lucky guess!”, jawab segelintir yang tidak atau belum mengimani al-Quran.
Baiklah, kita terima alasannya bahawa fakta Sains di dalam al-Quran hanya lucky guess, oleh ‘penulis’nya bernama Muhammad.
Dengan menggunakan teori kebarangkalian, mampukah Muhammad membuat ‘lucky guess‘ di dalam al-Quran?


Dengan sebiji dadu, berapakah kebarangkalian kita untuk mendapat nombor “3″ dengan satu balingan? Jawapannya adalah satu perenam (1/6). Berapa pula kebarangkalian kita untuk mendapat nombor “3″ dengan dua balingan? Jawapannya adalah satu perenam kali satu perenam bersamaan satu pertiga puluh enam (1/6 X 1/6 = 1/36).
Gunakan teori yang sama untuk menganalisa fakta Sains di dalam al-Quran.
Misalnya, di dalam al-Quran, ada keterangan tentang bulan dan matahari. Jika Muhammad mahu membuat suatu tekaan apakah bulan itu mengeluarkan cahayanya sendiri, atau memberikan reflek kepada cahaya yang datang dari sumber yang lain, maka berapakah kebarangkalian untuk Muhammad membuat tekaan yang betul?
Pasti, kebarangkaliannya adalah satu perdua (1/2). Sama ada cahaya sendiri, atau cahaya dari sumber lain.
Itu satu fakta Sains.
Bagaimana pula dengan isu lain di dalam al-Quran? Misalnya fakta apakah bumi mengelilingi matahari, atau matahari mengelilingi bumi. Atau fakta tentang komponen tubuh manusia ini terbentuk dari apa… jika setiap satu fakta Sains di dalam al-Quran ini mahu disampaikan secara lucky guess oleh seorang manusia bernama Muhammad, maka berapakah kebarangkalian Muhammad untuk membuat tekaan yang betul?


1/2 X 1/6 X 1/25 X 1/78…. ada seribu fakta Sains di dalam al-Quran, maka kebarangkaliannya ialah 0.00000000007686443547657… dan angka itu berterusan… atau dalam erti kata yang lain… MUSTAHIL!!!
Namun, kesemua fakta Sains di dalam al-Quran itu adalah TEPAT dan BETUL.
Maknanya, yang bercakap di dalam al-Quran itu mestilah satu pihak yang sangat tahu tentang manusia dan alam. Tidak lain dan tidak bukan, pihak yang bercakap di dalam al-Quran itu adalah Pencipta alam dan Pencipta manusia… itulah Tuhan, itulah Allah … Allahu Akbar!
Probability theory boleh digunakan untuk mencari keyakinan terhadap al-Quran.

SAINS SEBAGAI ALAT

Saya menulis artikel ini, bukan dengan maksud mahu membuktikan bahawa di dalam al-Quran ada sains. Itu sudah menjadi cliché.
Kita harus kembali kepada keterangan al-Quran bahawa segala isi kandungannya datang dengan maksud menjadi petunjuk (Huda). Maka kegunaan sains di dalam al-Quran adalah untuk membantu manusia mencari petunjuk. Jika sains diangkat sebagai penentu kebenaran, secara empirikal bagai dikata, maka ujilah al-Quran dengan sains.
Sesungguhnya soalan terbesar yang harus diselesaikan oleh sesiapa sahaja yang mahu bercakap tentang al-Quran ialah siapa di sebalik Al-Quran?
Benarkah ia kalam Allah?
Mampukah al-Quran dipercayai sebagai bukan kalam Allah?
Jika anda bertemu dengan Allah dalam pencarian jawapan ini, segala ketidak fahaman anda tentang maksud al-Quran, adalah bukti kejahilan diri, bukannya kecacatan al-Quran, kerana ia adalah kalam Allah, Tuhan yang Maha Suci.

1 Response
  1. UBMI Says:

    izin minta share


Post a Comment

Jom Sembang

Sila Isi ( Buku Tetamu)