Mari Sebut

marsah2u.blogspot.com
Pengertian Ulum Al-Quran dapat diberikan dengan dua keadaan:
1.Pengertian pada bahasa:
  •          Perkataan Ulum adalah dalam lafaz jamak daripada perkataan ‘ilm. Ia boleh ditakrifkan sebagai kefahaman muktamad yang menepati fakta sebenar. Sementara pengertian al-Quran pula ditakrifkan sebagai kalam Allah yang mu’jiz yang telah diturukan kepada nabi Muhammad, ditulis pada mashaf, yang disampaikan secara mutawatirdan membacanya suatu ibadat.
  •          Ulum Al-Quran ilmu segala ilmu yang berkaitan dengan Al-Quran.
2.Pengertian pada Istilah:
  •   Ilmu yang membahaskan tentang Al-Quran, sama ada dari aspek penurunannya, bacaannya, sejarah pengumpulannya, penyusunannya, penulisan dan pentafsiran, I’jaz, nasikh mansukh,sebab-sebab turun ayat, I’rab serta gharib al-Quran.
  •   Zarqani:
Ilmu-ilmu yang mempelajari tentang Al-Quran itu sendiri, sama ada dari segi penurunannya, pengumpulannya, pembukuannya, pembacaannya, pentafsirannya, I’jaznya, nasikh dan mansukhnya dan semua perkara yang berkaitan dengan Al-Quran.
  •   Imam al-Suyuti:
Suatu bidang dan ruang lingkup ilmu yang membicarakan tentang al-Quran dari segi penurunannya , sanadnya, adabnya, maknanya, lafaznya dan lain-lain yang berkaitan dengannya.
  •   Rumusannya:
Ungkapan Ulum Al-Quran membawa makna kefahaman sebenar berhubung dengan al-Quranyang meliputi Asbab al-Nuzul, Ayat Makki dan Madani, Al-Nasakh dan Al-Mansukh, cara bacaan, Pengumpulan, Penulisan dan berbagai aspek yang berkaitan dengan Al-Quran.
5 Responses
  1. Unknown Says:

    Sye sedikit keliru dengan pengertian SEBENAR bagi ulum. Sili pilih jawapan yang tepat bagi pengertian ulum quran.

    1. Terdapat banyak ilmu boleh diambil daripadanya

    2. Terdapat banyak ilmu pengetahuan dunia dan akhirat

    3. Terdapat pelbagai cabang ilmu tentang Al-Quran



  2. Unknown Says:

    Alhamdulillah.. Mohon kebenaran untuk saya kongsi maklumat yang bermanfaat ini dari tuan. Semoga Allah memberkati tuan didunia dan akhirat


  3. Unknown Says:

    saya tak tau blog ni utk iklan asmara. saya khawatir syaitan berada bersama iklan tersebut. Walaupun tajukni membawa kepada ilmu dan iman tetapi dikhawatiri lari dari matlamat krn ada iklan sebegini. Boleh delete ke iklan tersebut.



Post a Comment

Jom Sembang

Sila Isi ( Buku Tetamu)