Al-Quran mempunyai berbagai nama lain selain nama al-Quran. Walau bagaimanapun, nama yang terkenal dan yang digunakan secara meluas ialah al-Quran. Hal itu berdasarkan Firman Allah :
سورة البقرة ٢ : اية ١٨٥
Masa Yang Diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan
Yang padanya diturunkan Al-Quran
1. Al-Furqan
Perkataan al-Furqan digunakan sebagai salah satu daripada nama al-Quran, kerana kandungan al-quran itu menjelaskan kepada manusia antara kebenaran dengan kebatilan. Oleh itu al-quran bertindak sebagai pembeza dan pemisahan terhadap ajaran yang benar dengan ajaran yang salah.
سورة الفرقان ٢٥ : اية ١
Maha berkat Tuhan Yang menurunkan Al-Furqaan kepada hambaNya (Muhammad),
untuk menjadi peringatan dan amaran bagi seluruh penduduk alam.
2. Al-Kitab
Perkataan Kitab di dalam bahasa Arab dengan baris tanwin di akhirnya (kitabun) memberikan makna umum iaitu sebuah kitab yang tidak tertentu. Apabila ditambah dengan alif dan lam di depannya menjadi (Al Kitab) ia telah berubah menjadi suatu yang khusus (kata nama tertentu). Dalam hubungan ini, nama lain bagi Al-Quran itu disebut oleh Allah adalah Al-Kitab.
سورة السجدة ٣٢ : اية ٢
Diturunkan Al-Quran ini, Dengan tidak ada sebarang syak padanya,
dari Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
3. Al- Mau’izah
Perkataan
Al-Mau’izah digunakan sebagai salah satu daripada nama al-Quran di sebabkan dalam al-Quran itu mengandungi pengajaran dan
peringatan kepada manusia dan sekalian alam, baik dalam urusan keduniaan dan
akhirat.
سورة يونس ١٠ : اية ٥٧
Wahai
umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran Yang menjadi
nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan Yang menjadi penawar bagi
penyakit-penyakit batin Yang ada di Dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah
petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang Yang beriman
4. Ar-Rahmah
Allah menamakan Al-Quran dengan rahmat kerana dengan
Al-Quran ini akan melahirkan iman dan hikmah. Bagi manusia yang beriman dan
berpegang kepada Al-Quran ini mereka akan mencari kebaikan dan cenderung kepada
kebaikan tersebut.
سورة الاسراء ١٧ : ٨٢
Dan Kami turunkan Dengan beransur-ansur dari Al-Quran
Aya-ayat suci Yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang Yang
beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang Yang
zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.
5. An-Nur
Panduan yang Allah gariskan dalam
Al-Quran menjadi cahaya dalam kehidupan dengan mengeluarkan manusia daripada
taghut kepada cahaya kebenaran, daripada kesesatan dan kejahilan kepada
kebenaran ilmu, daripada perhambaan sesama manusia kepada mengabdikan diri
semata-mata kepada Yang Maha Mencipta dan daripada kesempitan dunia kepada
keluasan dunia dan akhirat.
سورة النساء ٤ : اية ١٧٤
Kami
pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya) Yang
menerangi (segala apa jua Yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan
Yang kekal di akhirat kelak).
6. Ar-Ruuha
Allah SWT telah menamakan wahyu yang
diturunkan kepada rasulNya sebagai roh. Sifat roh adalah menghidupkan sesuatu.
Seperti jasad manusia tanpa roh akan mati, busuk dan tidak berguna. Dalam
hubungan ini, menurut ulama, Al-Quran mampu menghidupkan hati-hati yang mati
sehingga dekat dengan Penciptanya.
سورة الشورى ٤٢:
اية 52
Dan
demikianlah kami wahikan kepadamu ( wahai Muhammad ) al-quran sebagai roh
( yang
menghidupkan hati ) dengan perintah kami..
7.
Asy-Syifaa’
Allah SWT telah mensifatkan bahawa
Al-Quran yang diturunkan kepada umat manusia melalui perantara nabi Muhammad
SAW sebagai penawar dan penyembuh. Bila disebut penawar tentu ada kaitannya
dengan penyakit. Dalam tafsir Ibnu Kathir dinyatakan bahawa Al-Quran adalah
penyembuh dari penyakit-penyakit yang ada dalam hati manusia seperti syirik,
sombong, bongkak, ragu dan sebagainya.
سورة يونس ١٠ : ٥٧
Wahai umat
manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran Yang menjadi nasihat
pengajaran dari Tuhan kamu, dan Yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit
batin Yang ada di Dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk
keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang Yang beriman.
8 . Al-Bayaan
Al-Quran adalah kitab yang
menyatakan keterangan dan penjelasan kepada manusia tentang apa yang baik dan
buruk untuk mereka. Menjelaskan antara yang haq dan yang batil, yang benar dan
yang palsu, jalan yang lurus dan jalan yang sesat. Selain itu Al-Quran juga
menerangkan kisah-kisah umat terdahulu yang pernah mengingkari perintah Allah
lalu ditimpakan dengan berbagai azab yang tidak terduga.
سورة ال عمران ٢
: ١٣٨
(Al-Quran) ini ialah penerangan
kepada seluruh umat manusia, dan petunjuk serta pengajaran bagi orang-orang
Yang (hendak) bertaqwa.
9. AL-Zikr
Allah SWT menyifatkan Al-Quran
sebagai adz-dzikra (peringatan) kerana sebetulnya Al-Quran itu sentiasa
memberikan peringatan kepada manusia kerana sifat lupa yang tidak pernah lekang
daripada manusia. Manusia mudah lupa dalam berbagai hal, baik dalam hubungan
dengan Allah, hubungan sesama manusia mahupun lupa terhadap tuntutan-tututan
yang sepatutnya ditunaikan oleh manusia. Oleh itu golongan yang beriman
dituntut agar sentiasa mendampingi Al-Quran. Selain sebagai ibadah, Al-Quran
itu sentiasa memperingatkan kita kepada tanggungjawab kita.
سورة الحجر ١٥ : اية ٩
Sesungguhnya Kamilah yang
menurunkan al-Quran dan Kamilah
yang memelihara dan
menjaganya
Sangat bermanfaat